[EBOOK] RAMADAN: TETAMU ISTIMEWA KIRIMAN ALLAH SWT

RM17

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas utusan yang mulia, junjungan kami Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda sekaliannya. Kali ini, penyusun ingin berkongsi dengan para pembaca ringkasan koleksi ceramah dan kelas…

SKU: PJ2769
Category:
Tags: ,

Description

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas utusan yang mulia, junjungan kami Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda sekaliannya.

Kali ini, penyusun ingin berkongsi dengan para pembaca ringkasan koleksi ceramah dan kelas pengajian bersempena dengan bulan Ramadan yang telah disampaikan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Hafizahullah beberapa tahun yang lalu.

Sesungguhnya isi kupasan yang disampaikan oleh Almarhum Tuan Guru masih lagi relevan hingga ke hari ini.

Di dalam e-book ini, ada disentuh tentang Ramadan itu adalah tetamu kita yang datang setahun sekali dan ia adalah sebagai bulan pengukur keimanan kita semua.

Almarhum Tuan Guru juga ada menyentuh sedikit sebanyak perihal kejadian alam ini dan makhluk dan yang paling penting adalah, persoalan yang perlu kita tujukan kepada diri kita iaitu di manakah al-Quran di hati kita?

Semoga usaha kecil ini, akan Allah SWT anugerahkan pahala yang berpanjangan buat Almarhum Tuan Guru dan juga kepada kita semua dengan segala kebaikan yang berlipat kali ganda ketika di dunia ini, lebih-lebih lagi di Akhirat kelak, Insya -Allah.

Dan akhir sekali, sebelum kita mulakan perkongsian ini, marilah sama-sama kita membaca surah al-Fatihah ,صلى الله عليه وسلم dan kita hadiahkannya buat Baginda Rasulullah isteri-isteri Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan kepada sekalian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan kita menuju ke alam Baqa dan khususnya buat Almarhum Tuan Guru.

Penyusun

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “[EBOOK] RAMADAN: TETAMU ISTIMEWA KIRIMAN ALLAH SWT”

Your email address will not be published. Required fields are marked *