Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat.
“Ajarkan anak-anak kamu solat seawal usia mereka 7 tahun” –
Kefahaman yang jelas mengapa kita solat dan apakah pengertian solat yang sebenar dalam kehidupan amat penting diberi penekanan kepada anak-anak. Sekiranya perkara ini tidak diberi penjelasan, maka solat itu akan bersifat ritual sahaja dan perlakuannya bersifat mekanistik.
Ibadah solat adalah tiang agama yang membina teguh keimanan dan ketaqwaan dalam diri individu muslim. Sebagaimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Solat tiang agama, barang siapa yang meninggalkannya bermakna meruntuhkan agamanya”