• Projek Dakwah ke Jepun

    Info Dakwah ke Jepun

    Nama akaun : Infaq Dakwah di Jepun
    No akaun : 12159010029873

    Bank Islam

    RM
    Select Payment Method
    Personal Info

    Donation Total: RM100.00

    https://youtu.be/dwbfW52kNZMhttps://youtu.be/5XFQaVIbtQ0https://youtu.be/uhwfkyqb16Y

    fb masjid putra heigths

    Jom Ikuti FB Masjid Putra Heights

    KENYATAAN AKHBAR PELANCARAN PROGRAM DAKWAH KE JEPUN

    ANJURAN MASJID PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA, SELANGOR.

    AJK Masjid Putra Heights (“MPH”) dengan penuh kesyukuran melancarkan Program Dakwah ke Jepun pada 23hb Mac, 2020. Bersempena pelancaran ini MPH berbesar hati untuk sama sama melancarkan halaman sesawang https://mph.masjid.fund sebagai tapak untuk para penyumbang mendapatkan info terkini perjalanan projek di samping menjadikan ianya platform tabung sumbangan di atas talian.

    Di antara inisiatif yang bakal dilaksanakan di dalam projek ini adalah membantu pusat dakwah di Jepun untuk menyebar luaskan syiar Islam melalui program Islamisasi yang mudah dihayati dan difahami sambil mengambil peduli penghidupan saudara baru, para mualaf dan asnaf di sana. Ketika ini terdapat lebih 20,000 umat Islam di Jepun yang memerlukan perhatian dari segi pemantapan akidah dan pelaksanaan fardu ain. Kita turut mengambil maklum terdapat lebih 120 masjid dan surau di Jepun yang memerlukan buku-buku serta kitab-kitab untuk dijadikan panduan.

    Inisiatif turut diambil di dalam merangka dan melaksanakan program-program berkembar bersama badan-badan dakwah seperti Japan Muslim Association. Seterusnya program berkembar akan dikembangkan dengan mewujudkan masjid berkembar di Tokyo, Osaka, Kobe dan Fukuoka. MPH berhasrat untuk memulakan program masjid berkembar bersama Masjid Beppu di Oita, Jepun.

    Projek pengumpulan data maklumat akan diperkemaskan bagi merangka program-program jangka pendek, sederhana dan untuk jangkamasa panjang di Jepun. Di antara fokus utama ialah pemindahan ilmu (know-how) dari aspek pengurusan masjid, kuliah fardu ain, aktiviti persediaan umrah dan haji.

    Bagi memastikan kesinambungan hubungan dua hala program pertukaran imam, guru agama dan belia akan diwujudkan dengan kerjasama pusat pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi dan masjid-masjid di Malaysia. Wawasan jangka panjang projek ini adalah untuk melahirkan lebih ramai orang Jepun yang boleh mengislamkan bangsa mereka sendiri.

    Bagi memulakan usaha ini, sebagai program perintis MPH akan menterjemah buku “Indahnya Hidup Bersyariat” karya Datuk Ustaz Hj Ismail Kamus ke dalam bahasa Jepun. Tabung sumbangan bagi tujuan tersebut dengan ini dilancarkan secara rasmi di atas talian di http://mph.masjid.fund atau sumbangan terus ke akaun “Infaq Dakwah Jepun” bernombor 12159010029873 di Bank Islam Malaysia Berhad. Buku ini bakal menjadi “kit permulaan” bagi memudah cara kefahaman mereka yang ingin mengenali gaya hidup seorang Islam. Semoga sumbangan para dermawan bakal mendapat ganjaran sewajarnya dari ALLAH taala.

    Dato Hj Zulkifli Abdul Malek

    Pengerusi , Projek Dakwah ke Jepun, Masjid Putra Heights.

    Tarikh : 23hb Mac, 2020

    Nota :- Wakil Organisasi Malaysia 

    1. YB Haji Ahmad Marzuk bin Shaari, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama)
    2. Datuk Dr Hj Zahazan Mohammed, Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd
    3. Dato Hj Zulkifli Abd Malek, Pengerusi Projek Dakwah Jepun, Masjid Putra Heights

    Wakil Organisasi Jepun

    1. Sheikh Ahmad Maeno, Japan Muslim Association, Tokyo.

    Muat Turun Kenyataan Akhbar

    Dato Hj Zulkifli Abd Malek, Pengerusi Projek Dakwah Jepun, Masjid Putra Heights

    https://youtu.be/EJmqhLCtNWchttps://youtu.be/E4Ng9tHL7_Mhttps://youtu.be/_f4GGh3nn0Y ▶️ Arkib promosi program dlm https://mph.masjid.fund utk RUJUKAN kpd org ramai ; 1. SIARAN LANGSUNG MHI TV3 – (27 Apr 2020) 2. SINAR HARIAN ONLINE – (1 Mei 2020) 3. ePaper HARAKAH – (6 Mei 2020) 4. ePaper BERITA HARIAN – (8 Mei 2020) 5. BERITA HARIAN ONLINE – (9 Mei 2020)