*Jemaahku…*
Kerana sekeping roti canai sedap di mana sekali pun… sanggup kau mencari,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,
–
*Jemaahku…*
Kerana kenduri kendara jauh dimana sekali pun… bersungguh kau hadiri,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,
–
*Jemaahku…*
Kerana bolasepak yang kau minati… Stadium Bukit Jalil sanggup kau jejaki,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,
*Jemaahku…*
Kerana ingin melihat keindahan alam semulajadi… bukit dan gunung habis kau terokai,
Tetapi rumah ALLAH di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,
*Jemaahku…*
Kerana minat sungguh hobi memancing… segenap lautan dan sungai sanggup kau redahi,
Tetapi rumah ALLAH di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,
*Jemaahku…*
Kerana pasar malam dan pasar tani nampak sungguh meriah sekali… siang dan malam terus kau lewati,
Tetapi rumah ALLAH di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,
*Jemaahku…*
Kerana Gegar Vaganza dan Mentor dah bermula.. terpacak kau di depan TV,
Tetapi rumah ALLAH di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,
*Jemaahku…*
Tak salah apa yang kau lakukan semua ini,
Cuma ingatlah di hadapan kita ada sesuatu yang sedang menanti,
*Jemaahku…*
Sesungguhnya ketahuilah… umur ini hanya menunggu *mati*,
Inginku bertanya… Ke mana jenazah kau dan aku… akan dibawa nanti?
*Jemaahku…*
Seluruh pelusuk dunia telah pun kau terokai,
Bila tiba saat matinya jasad ini nanti… di masjid atau surau jugalah kau dan aku akan dibawa untuk solat dan dimandi,
*Jemaahku…*
Sebelum kau dan aku terus menerus lupakan diri,
Biar kita saling ingat mengingati dan saling nasihat menasihati…
Kerana sesungguhnya kita perlu saling sayang menyayangi… sebagai saudara seagama….
Mudah-mudahan bersama-sama kita menuju ke Syurga Illahi.
*PERINGATAN UNTUK DIRIKU YANG LALAI & TERLEKA*
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين يارب العالمين ?
-
*RINTIHAN SEORANG IMAM*