[EBOOK] Kalimah Allah Kalimah Teragung

RM17

Isu kalimah Allah kembali bergema apabila kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri pada 15 Mei 2023 telah membuat keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac 2021 yang telah memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ bersama tiga perkataan Arab lain iaitu ‘Baitullah’, ‘Kaabah’ dan ‘solat’ dalam penerbitan bahan agama…

SKU: KA 2769
Category:

Description

Isu kalimah Allah kembali bergema apabila kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri pada 15 Mei 2023 telah membuat keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac 2021 yang telah memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ bersama tiga perkataan Arab lain iaitu ‘Baitullah’, ‘Kaabah’ dan ‘solat’ dalam penerbitan bahan agama mereka untuk tujuan pembelajaran.

Untuk rujukan kita semua, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), iaitu sebuah badan yang ditugaskan mengeluarkan fatwa peringkat kebangsaan melalui perundingan dengan raja-raja Melayu, pada 2008 telah memutuskan bahawa empat perkataan Arab di atas merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama Islam sahaja.

Dalam isu ini, Almarhum Ayahanda Tuan Guru amat tegas dalam pendiriannya di mana kita menyembah Allah SWT sejak dari dulu lagi. Allah SWT itu Tuhan kita. Sedang orang Kristian menyembah ‘God’. Dan ‘God’ itu tuhan mereka.

Allah SWT telah sebutkan dengan jelas sekali di dalam 109:6 surah Al-Kāfirūn:

“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Sesungguhnya bagi mereka, agama yang mereka yakini. Dan bagi kita, agama Islam yang Allah SWT perkenankan untuk kita.

Di dalam risalah ringkas ini, kami himpunkan penjelasan yang telah dikongsikan oleh Almarhum Ayahanda Tuan Guru menerusi rakaman ceramah beliau yang telah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada 18hb Januari 2013 dan juga beberapa himpunan ceramah serta kuliah yang khusus menjelaskan akan isu ini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “[EBOOK] Kalimah Allah Kalimah Teragung”

Your email address will not be published. Required fields are marked *